SELAMAT HADIR KE SEKOLAH UNTUK SESI 2024/2025 ............MOHON PELAWAT BLOG KAMI CLICK BUKU PELAWAT. BERI PENARAFAN DAN ULASAN UNTUK MENAMBAH BAIK BLOG KAMI TERIMA KASIH

Friday, February 15, 2019

UJIAN UKM 1

HEBAHAN: PROGRAM PENCARIAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SARINGAN PERINGKAT PERTAMA UKM1

Sukacita memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan pencarian pelajar pintar dan berbakat melalui saringan peringkat pertama yang dinamakan ujian UKM1 secara dalam talian dan terbuka kepada seluruh murid di Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun. Ujian ini telah pun dibuka mulai 7 Januari sehingga 31 Mei 2019.

Pelajar-pelajar yang berjaya melalui ujian UKM1 ini akan melalui saringan seterusnya iaitu ujian UKM2 dan UKM3 serta perlu melalui Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) yang dijalankan sewaktu cuti penggal terakhir persekolahan sebelum ditawarkan tempat di Kolej PERMATApintar atau Kolej PERMATA Insan.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program pencarian ini, sila hubungi nombor 03-8921 7533 atau layari http://ukm1.permatapintar.edu.my/.

UJIAN UKM1

No comments:

Post a Comment

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM

  Hari pertama  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=8153257344747733&id=100001906456961 Hari kedua :  https://m.facebook.com/sto...